PETUA KURANGKAN BATUK BERKAHAK PADA BAYI
Assalamualaikum.
Hari ni khadijah nak share petua bagi kurangkan kahak pada baby.
Baby kecil bila batuk dan selsema, akan kerap meragam sebab tak dapat nak tidur. Macam mana baby nak tidur bila hidung banyak hingus. Itu yang menyebabkan baby meragam tak boleh tidur, susah nak bernafas bila hidung penuh dengan hingus.
Jadi, ibu-ibu boleh praktikkan petua ni untuk melegakan baby supaya hingus dalam hidung tu keluar serta dapat juga keluarkan kahak.
Sediakan dulu barang-barang seperti di bawah:
- Bawang putih
- Minyak Habbatus Sauda/Olive Oil/ Minyak Masak
- Besen kecil
- Air panas
Kalau semua barang dah ada, boleh teruskan dengan step di bawah.
Teknik Steaming Bagi Mengurangkan Hingus Dan Kahak Bayi
- Bakar sikit bawang putih supaya lebih mudah nak tumbuk atau penyekkan.
- Letak sedikit minyak habbatus sauda/Olive oil/Minyak masak. Terbaik minyak habbatus sauda. Bawang putih dan habbatus sauda memang terkenal dari dulu sebagai antibiotik semuajadi.
- Letakkan air yang baru lepas mendidih ke dalam besen, kemudian campurkan bawang dan minyak tadi ke dalam air. Tujuan guna air mendidih untuk dapatkan wap panas dan baby boleh sedut wap tu. Buat dalam masa 10-15 minit atau sampai wap tu dah tak ada.
Kurang digalakkan guna periuk nasi atau steamer untuk baby sebab kulit baby sensitif. Kalau nak guna juga, mungkin boleh jarakkan muka dengan wap panas tu.
AMARAN!!!
Letakkan tangan anda dulu untuk rasa kepanasan wap dan jarak yang sesuai untuk muka baby tu ye.
Comments
Post a Comment