MEE KARI AYAM
Sempena kunjungan cik esah ke rumah, sediakan mee kari ayam.
Gembira sungguh qaisara & sumayyah dapat jumpa cik esah. Gelak sakan diorang.
Terima kasih bawakan goreng pisang famous, sedap. Asyik sungguh makan goreng pisang tuh. Habis, program diet kak siti.😂😂😂
Mee kari special buat cik esah.
MEE KARI AYAM
BAHAN_BAHAN
500 gram Ayam - potong kecil
5 ketul taufu pok
1 batang serai - diketuk
2 genggam taugeh - dicelur
2 biji kentang direbus dan dilecek - saiz kecil
1 kiub ayam
Air secukupnya
1 cawan santan pekat
Daun sup & daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
Limau kasturi
Bahan rempah
2 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
4 sudu cili kering kisar - bergantung pada tahap kepedasan yang anda suka
1 peket serbuk kari babas
1/2 kecil serbuk kunyit
1 pekat fishball - digoreng
1 keping asam keping
Gula
Garam
* satukan bahan rempah. Jika, agak kering tambahkan sedikit air.
Bahan tumis
1 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji cengkih
1 helai daun kari
CARA MASAK
1. Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan bahan kisar dan serai tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, gaulkan seketika. Kemudia masukkan air secukupnya, kiub ayam dan asam keping. Tunggu hingga mendidih.
4. Apabila mendidih, masukkan fishball. Biarkan seketika.
5. Masukkan santan. Kacau sehingga mendidih lagi. Masukkan garam dan gula. Akhir sekali, masukkan taufu pok.
6. Hidangkan bersama daun sup, daun bawang, bawang goreng, taugeh dan limau kasturi.
Selamat menjamu selera.
Salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama
ReplyDeletejom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)
jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik