NASI BERIANI AYAM SIMPLE




Dah lame tak masak nasi beriani.  Tiba-tiba hari ni teringin sangat nak makan nasi beriani, Apa lagi, buat senarai bahan-bahan mintak encik asben belikan....hehehe... Encik asben memang rajin ke kedai. Resepi yang khadijah buat ni simple tapi memang sedap. 

Dalam banyak-banyak resepi nasi beriani, bagi khadijah ni yang paling sedap.   Biasanya anak-anak x berapa suka nasi beriani, tapi kali memang habis.  Siap request masakkan lagi.  

Khadijah gunakan rempah lahori briyani, rasa nasi beriani memang enak dan tak muak.  Boleh dapatkan di kedai-kedai arab.  Biasanya, kalau nak cari rempah arab ni khadijah ke Mahnaz.

Makan pulak dalam talam dengan suami & anak-anak bertambah la enak.  Boleh hidangkan nasi beriani dengan raita tak pun salad.  Ikut pada selera masing-masing.

Ini resepinye, cuba jangan tak cuba.

NASI BERIANI AYAM SIMPLE

BAHAN-BAHAN





- 235 gram beras basmathi @ 1 tin kecil beras (tin susu pekat F&N yg kecil) - basuh dan rendamkan 30 minit (jangan lebih 30 minit nanti beras akan patah dan nasi lembik)

- Air sama dengan sukatan beras 1 tin kecil 

- 1/2 ekor ayam - potong besar @ kecil - saya just potong separuh sebab lebih juicy

- 1 sudu kecil serbuk kunyit

- 2 sudu besar rempah Lahori Briyani

- 3 sudu besar plain yogurt

- 2 ulas bawang putih -hiris kasar

- 1/2 inci halia - hiris kasar

- 1 biji cili hijau

- 1 labu bawang besar holand - hiris

- 1 biji tomato - dadukan kecil2

- 1 1/2 sudu besar tomato puri

-  Minyak zaitun/ Minyak masak

-   Daun ketumbar 

- Hirisan almond goreng - hiasan

CARA MASAK

1.   Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, rempah lahori briyani dan yogurt.  Perap paling kurang 1 jam atau sehingga 3 jam.  Lagi lama diperap ayam lebih sedap.




2.   Campurkan beras, air dan garam ke dalam periuk nasi/rice cooker.  Pastikan air tu rasa lebih masin dari biasa.  Kalau kurang garam nasi akan tawar.  Masakkan nasi sehingga separuh masak.




3.  Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.



4.  Masukkan tomato dan tomato puri. Tumiskan sehingga tomato sedikit layu.


5.   Kemudian, masukkan ayam yang diperap tadi.  Masakkan ayam sehingga separuh masak.


6.   Apabila ayam sudah masak.  Boleh buat lapisan nasi.  Di dalam periuk nasi yang lain buat lapisan ini.  Untuk resepi ini 4 lapisan sahaja.  Ulang lapisan sehingga nasi dan ayam habis.
         Lapisan pertama letakkan nasi.  
         Lapisan kedua masukkan ayam.   
         Lapisan ketiga masukkan nasi.
         Lapisan keempat masukkan ayam, daun ketumbar dan cili hijau.


7.   Masakkan nasi sehingga masak.  Boleh juga nak masakkan di atas dapur gas, tutupkan periuk dengan aluminium foil.

8.  Apabila nasi sudah masak, sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan gaul rata rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

9.  Taburkan daun ketumbar dan hirisan almond goreng.  Kalau ada kismis yang digoreng lagi sedap.  Boleh hidangkan dengan salad atau raita.

SELAMAT MENCUBA.


         


Comments

Popular Posts