LAZZ FRUIT TART




Kakak qaisara ada sambutan hari guru kat sekolah. Kakak pun minta buatkan something special untuk cikgunya nak bagi cikgu-cikgu happy.  Bertuah sungguh ummi ada anak yang begitu sayangkan cikgunya, Alhamdulillah.  Ummi pun buatkan kakak qaisara  chocolate cheese tart. Banyak lagi balance tart shells, kakak request fruit tart pulak. Kebetulan ada stok strawberry ummi ape lagi, ketung ketang..siap fruit tart. Memang sedap dan lemak berkrim guna LAZZ. Rugi tak cuba.

LAZZ FRUIT TART

(A)Crust

Bahan - Bahan
125 gram Butter (Sejuk) - potong kiub kecil-kecil
240 gram Tepung - Ayak
60 gram Gula Aising - Ayak
1 biji Telur Gred B
1/2 sudu teh Emplex (optional) supaya crust rangup
1 sudu besar Serbuk Coklat (optional) tak mahu letak pun tak pe
Cara-Cara
1) Masukkan butter dan tepung. Ramas-ramaskan dengan jari sehingga jadi seperti serbuk.
2) Masukkan gula, telur, emplex dan serbuk koko. Uli sehingga menjadi doh. Kemudian balutkan doh dengan cling wrap dan rehatkan doh dalam fridge selama 30 minit.
3) Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
4) Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
* Adunan boleh hasilkan 50 biji mini crust.
(B) Kastard
Bahan - Bahan
3/4 cawan LAZZ Asli
11/2 cawan Air Suam
1/2 cawan Tepung Kastard
1/4 cawan Gula Organic @ Gula Biasa
1/2 sudu besar Butter
1/2 sudu teh Esen Vanila
Cara - cara
1) Masukkan semua bahan kecuali butter dan esen vanilla.
2) Masakkan dengan api yang kecil. Kacau sehingga pekat. Tutup api, masukkan butter & esen vanila.
(C) LAZZ Fruit Tart
Piping @ sudukan kastard dalam crust. Hiaskan dengan buah kesukaan strawberry, rasberry, blueberry atau kiwi.
Tip : Untuk tart tahan lama dan tidak mudah lemau bole sapukan coklat yang dicairkan pada crust sebelum letakkan kastard.
Selamat mencuba

Comments

Popular Posts