PUDING LAICI LAZZ
Di bulan puasa dengan cuaca yang panas, mesti hendakkan sesuatu yang dapat menyejukkan tekak waktu berbuka puasa nanti..fuhh..nikmatnya. Kakak ngah sudah mula berpuasa, semangat betul anak ummi berpuasa. Jadi, hendak ambil hati anak-anak supaya istiqamah berpuasa, kenalah sediakan sesuatu yang menarik dan lazat buat mereka. Cukup berselera kakak-kakak menikmati puding laici. Balik dari terawih terus terjah fridge mencari lagi puding. Suka betul anak-anak ummi.
Jom cubalah puding ni, memang sedap rasanya seakan-akan dadih memang addicted.
PUDING LAICI LAZZ
Bahan-Bahan
*Menggunakan cawan sukatan
Lapisan Laici Susu
1 paket Serbuk Agar-Agar (11g)
1500 ml Air (1 Tin Air Laici + Air Biasa)
1 cawan Gula
11/2 cawan susu LAZZ ASLI
Lapisan Jeli
1 tin Buah Laici
1 kotak Jeli perisa pilihan (saya guna strawberry)
700 ml Air
Cara - Cara
1. Masukkan air dan gula ke dalam periuk. Masakkan dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
2. Masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit. Kacau sehingga larut
3. Masukkan susu LAZZ ASLI. Kacau sehingga sebati. Tutup api.
4. Masukkan ke dalam bekas tunggu sehingga permukaan atas agak sedikit keras dan letakkan lapisan jeli.
5. Apabila permukaan lapisan laici susu agak keras. Bolehlah sediakan lapisan jeli.
6. Masakkan air sehingga mendidih. Kemudian masukkan serbuk jeli.
7. Tuangkan di atas lapisan laici susu tadi dan letakkan buah laici. Siap.
Senang dan sedap.
Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment